Bagaimana Pressure Cooker Berfungsi?
Periuk tekanan ni memepunyai fungsi yang berlainan tau daripada periuk nasi biasa.
Tekanan wap: periuk tekanan yang tertutup dengan injap yang mengawal tekanan wap di dalamnya, menghasilkan tekanan yang tinggi yang akan membantu anda masak dengan lebih cepat tau!
periuk tekanan ni adalah periuk yang tertutup dengan injap yang akan mengawal tekanan di dalamnya.
masa periuk tu jadi panas, cecair di dalamnya akan membentuk wap, yang meningkatkan tekanan di dalam periuk.
wap tekanan tinggi ni ada dua kesan utama tau iaitu:
Naikkan takat didih air di dalam periuk
Sewaktu memasak sesuatu yang basah atau mempunyai air, seperti rebusan atau sayur kukus, kepanasan memasak anda terhad kepada titik didih air 100 darjah celcius. Tapi dengan tekanan wap sekarang takat didih boleh mencapai setinggi seratus dua puluh satu darjah celcius.panas yang lebih tinggi ini akan membantu makanan untuk masak dengan lebih cepat.
Meningkatkan tekanan, memaksa cecair masuk ke dalam makanan
Kebaikan Menggunakan Pressure Cooker
- Sebahagian besar nutrien dapat dikekalkan
- Makanan lebih sedap & enak
- Menjimatkan tenaga, makanan 70% lebih cepat masak.
- Menjimatkan masa dalam penyediaan makanan.
- Suanasa dapur lebih “sejuk”
- Susana dapur lebih bersih, kurang kesan asap dan minyak yang mengewap.
- Juga digunakan untuk pengawetan makanan!
so macam mana kita nak pilih pressure cooker yang baik dan sesuai untuk kita?
Jom Admin terangkan dekat korang semua!
ada beberapa aspek yang perlu kita pertimbangkan semasa membeli periuk tekanan. Pertimbangan sangat penting agar anda tidak memberi pressure cooker yang salah ataupun tak sesuai dengan anda.
1.Kapasiti
Saiz atau kapasiti merupakan perkara yang perli diutamakan! Pastikan anda tahu kapasiti maksimum periuk tekanan dan sesuaikan kapasiti dengan jumlah keluarga di rumah anda. Anda mungkin tidak mahu memasak lauk yang sama berkali-kali.
2.Multifungsi
Bila anda pilih periuk tekanan elektrik, pastikan ianya boleh memasak pelbagai jenis menu. Kebanyakkan periuk tekanan moden menawarkan pelbagai jenis masakan dengan banyak butang pilihan menu. Hanya tekan butang menu, makanan anda sedia untuk dimasak dengan masa dan suhu yang telah diprogram.
3.Periuk Dalaman Anti Lekat
Pastikan anda membeli pressure cooker yang mempunyai permukaan dalaman jenis anti lekat. Anda boleh menggoreng, menumis dan sebagainya dengan mudah tanpa risau makanan melekat pada permukaan periuk ataupun menjadi hangus.
4.Mudah dibersihkan
Biasanya periuk dalaman agak mudah ditanggalkan daripada badan utama. Periuk dalaman jenis non-stick agak mudah dibersihkan. Jangan risau, kebanyakkan periuk tekanan moden mempunyai periuk dalaman yang bersifat anti lekat dan pastinya sangat mudah dibersihkan.
5.Anti Calar
Terdapat beberapa periuk dalaman yang bersifat anti calar tau! tapi anda juga kena ingat dan berhati-hati semasa membersihkan periuk dalaman pressure cooker ni. Gunakan span yang lembut agar ianya boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
6.Paparan Digital
Paparan digital yang mudah dibaca dandifahami harus diutamakan. Ini bagi memudahkan anda untuk menukar tetapan menu masakan yang anda inginkan dengan lebih mudah.
7. Warranti & Barangan Tambahan
Jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan atau 1 tahun amat penting. Anda perlu mencari pembeli yang menawarkan jaminan barangan sekurang-kurangnya 1 tahun. Apabila pressure cooker rosak dalam masa tidak sampai setahun anda boleh menghantar periuk tekanan yang rosak ini untuk dibaiki ataupun mungkin perlu digantikan dengan baru.
Biasanya periuk pressure cooker ini datang bersama dengan barangan tambahan seperti buku resipi masakan.
Ha acane? dah tahu pressure cooker yang sesuai dengan anda? Takpa takpa, jangan susah susah cari tempat lain. Oli Collection ada pressure cooker yang ada 7 aspek yang penting ni tau! dan yang paling penting Pressure Cooker Oli Collection paling mudah dikendalikan dan paling sesuai digunakan untuk suri rumah masa kini!
okay kalau korang berminat boleh pm stokis stokis admin atau agent agent dekat websites ni
Oli Collection ada websites untuk beli https://olicollection.my/
Facebook untuk info terbaru https://facebook.com/OLICOLLECTION.HQ/
Tik Tok untuk video yang menarik dan ringkas! https://vt.tiktok.com/ZSJKo3wkP/
Youtube untuk video yang lebih menarik https://www.youtube.com/channel/UCeCWZM48NyEQBBeLhl5c3kw
Instagram untuk gambar yang lebih padat dan menarik https://www.instagram.com/olicollectionhq/
Ataupun boleh wasap kami jurr https://wasap.my/https://NakorderOLI.wasap.my
Sampai sini sahaja blog kita harini see ya! bye semua! semoga dipermudah segala urusan anda semua yang membaca harini lots of love team HQ Oli Collection 💗

Comments
Post a Comment