Selamat berkenalan! Assalamualaikum! Salam Sejahtera!
Admin Hq akan bercerita pengenalan tentang Oli Collection. Pernah dengar Oli Collection? kalau ada keluarga yang mak-mak era tahun 2000 mesti tahu tentang Oli ni tau!
''Kepakaran Oli adalah Membantu Suri Rumah Dari Pintu Masuk Hingga Ke Ruang Dapur Termasuk Bilik Tidur''
Oli Collection Sdn Bhd ni adalah syarikat 100% BUMIPUTERA yang diasaskan oleh En Omar Bin Abdullah dan En Rosli Bin Ismail dan ditubuhkan pada 7 November 2000. Ramai ingatkan Oli ni syarikat yang diasaskan oleh orang bukan Islam dan bukan orang Melayu. ternyata anda salah tau!
Kedua dua founder Oli Collection memainkan peranan penting di dalam syarikat Oli ni tau! masing masing tak menang tangan untuk meningkatkan dan membantu lebih ramai lagi suri rumah dalam kelengkapan rumah mahupun membantu suri rumah dalam menambah pendapatan hingga ke lima angka.
Suri Rumah di abad ini pastinya memerlukan bantuan dalam menguruskan hal rumah tangga. Kebanyakkan suri rumah pada zaman sekarang banyak yang bekerjaya, dan perlu lebih fokus dengan pengurusan lain dalam kehidupan seharian. Tapi kalau nak cari produk yang betul betul berkualiti amatlah susah, dan kedai pulak lain lain. Namun begitu dekat Oli Collection keperluan barangan rumah boleh dicari dan diperolehi daripada satu sumber sahaja. Dahulunya Oli Collection bermula dengan hanya katalog kini Oli Collection juga telah mengorak langkah untuk pemasaran digital yang memudahkan semua orang.
Jom kita selam masuk lagi apa yang ada dalam Oli Collection.
senarai stokis
Macam mana nak tengok lagi aktiviti terbaru dari oli? boleh beli ?
Sekarang ni Oli Collection ada di hujung hari je. Order-order terus dapat.
''order, beli, pos, dapat''
Oli Collection ada websites untuk beli https://olicollection.my/
Facebook untuk info terbaru https://facebook.com/OLICOLLECTION.HQ/
Tik Tok untuk video yang menarik dan ringkas! https://vt.tiktok.com/ZSJKo3wkP/
Youtube untuk video yang lebih menarik https://www.youtube.com/channel/UCeCWZM48NyEQBBeLhl5c3kw
Instagram untuk gambar yang lebih padat dan menarik https://www.instagram.com/olicollectionhq/
memang best tau kalau anda terutamanya suri rumah yang nak berniaga bersama Oli Collection sebab team Hq kat sini pun semuanya sporting! Jangan lupa follow kita tau dekat social media! Jom sama sama kita sokong barangan keluaran bumiputera! Love you olls yang dah baca blog kita harini! semoga urusan kita semua dipermudah terutama anda yang dah spend time baca tentang kita dan follow kita dekat facebook dan social media lain!









Comments
Post a Comment